Thursday, December 29, 2011

PENUTUP

Baru selesai menonton Ombak Rindu. Dengaq kata boleh buat orang meleleh ayaq mata tapi hairan setitis ayaq mata aku pun tak keluaq. Jenoh aku teran feel sedih, tetap tak meleleh ayaq mata. Jadi konklusinya adakah saya seorang berhati batu? Kita biarkan soalan ni dahulu sehingga tahun hadapan. Terima kasih.

Ouh. Ha. aku sebut tahun hadapan kan tadi?

Tahun hadapan?????

Yes. kita sekarang di penghujung tahun 2011 yang agak awsome untuk aku. Bukan agak memang awsome. Well well well permulaan yang awsome bila aku tiba2 terberi hati aku kepada Mohd Hafiz. Ekceli kami dah melepasi tahun pertama berpacaran ya! Auwwwww ayat, kemain <3 Kemudian bersambung dengan aku menjadi budak yang skema sedikit dekat KKA sampai lecturer pun puji tiba2 berubah jadi baik Izzati ni dah kena sampuk apa. Dan keskemaan aku tu membantu aku lulus untuk semester akhir di KKA muah thanks you lecturer tak bagi saya repeat :p

Lagi awsome bila memori last aku dengan kawan2 dekat KKA bukan memori yang buruk. Indah2 belaka walaupun ada sedikit2 gaduh manja biasa la duduk serumah mesti nak jugak bertegang urat sekali sekala. I love you kawan2. Miss our home. Pandai2 la sedaq diri sapa kawan serumah aku tu. Tak larat nak taip nama sorang2 :)

rindu gila meroyan kat mereka2 ini

Kemudiannnnn! Menambah ke-awsome-an tahun 2011 bagi aku bila aku ditawarkan masuk UiTM Kedah dalam program grafik. GRAFIK okey! Kitew minawt gilew grafiwk niw. Lalalala. Mendapat kawan2 yang sekepala perencah yang menyedapkan lagi awsome 2011 aku. Well, tadak la aku rasa hell sangat rindu kawan2 kat KKA. Dan dapat bilik tanpa roomate sedikit awsome sebab boleh seludup kawan2 dari bilik lain lepak dan buat bilik di hostel macam bapak kami tuan tanah. Aummmm.

Ermm, apa lagi yang awsome? Cukup la awsome yang aku nak kabor. Nanti banyak2 menyampah pulak pembaca2 blog aku ni. Ada ke pembaca2? Pembaca tu ada la kot. Bukan blog femes punnnnn.

Jadi, penghujung 2011 ni. Dengan kekusutan aku menyiapkan assignment dalam tempoh seminggu mid sem break. Aku harap 2012 jugak awsome untuk aku, keluarga aku, Apiet aku, kawan2 aku dan sekeliling aku. Walaupun di penghujung 2012 ni dalam dompet aku cuma ada debu, resit2, kad bank, kad pengenalan, tp duitnya enggak ada donk walau 1 sen, aku harap 2012 menjadi kan aku manusia yang tidak putus rezeki pemberian Allah S.W.T. Amin.

Jadi. Sudah2 la aku membuang masa di sini sebab banyak gila lagi assignment aku nak siapkan. Bye2 2011. Terima kasih untuk segalanya.

Diulang. Ombak Rindu tak sedih mana punnnnnnnnnnn.

#i love you Apiet

Sunday, December 25, 2011

MOCOT

Hai hai hai.. Im not in my mood to do my assignment even only 6 days left. I wasting my time with facebook, twitter, youtube, dating, sleep. Huh. What a lazy girl i am. Ceh! Since i haven't updating any entry for a long time, today im gonna to story about something. Hurmm. Something? It'a about a cat. A left cat. Erkkkkkk. A left cat? No lah, a cat who adopt by my family for the sake its owner go to Sabah.

*changelanguage

Kehkehkeh. Jadi, cukup bagus tak grammar aku? Lalalalala. Nah, jangan nak kutuk sangat English aku berteraboq. Phewww. So, berbalik kepada kucing. Kucing tu asalnya milik jiran aku. Urm, we call him Abang Bujang since we didn't no his name. And he still single. Dia menyewa je kat sebelah rumah aku, and dia bela kucing. One day, dia kena pergi Sabah. So, dia mintak abah aku jagakan kucing dia. I don't know the exactly date, but i think it's almost a year his cat live with my family. Time dia tinggalkan kucing tu pun aku still kat KKA.

Mula2 tu aku tak berapa suka. Yeah. Annoying tahu bila kucing tu gesel2 badan dekat kaki aku. Honestly im not cat lover. But yeah, orang tua2 selalu cakap janagn benci sangat nanti timbul sayang. When im always feed the cat, suddenly i love it damn much. Een aku tak main peluk cium kucing tu, aku akan cari jugak dia bila balik kampung.  Ouh ha, the cat has name. Kami pangil kucing tu Mocot. Kehkehkeh. Cute sial. Aku sayang dia. Kuikuikuikui.

So, untuk kucing pertama yang dibela oleh keluarga aku, Mocot being so nice. Syukur dia tak pernah berak dalam rumah, kencing atas kain baju. Cuma dia kuat makannnnn. Gemuk betul! Macam pakwe aku. Eh! :p But i wonder when Mocot owner come back and take it back, if i will sad? Hurmm. I think not just me, my mama, abah, adik, kakak and abang love Mocot too. At least, we taking care Mocot nicely. And i don't think Mocot want to stay with Abang Bujang back since kami jaga Mocot dari dia baby. Sekarang dah kanak2. Hahahaha. Kucing kan ingat tuan yang bagi makan. Hahaha. 

Urm.. Mocot so cute. Tak percaya. Look this picture

Hai saya Mocot. Tuan saya yang taip entry pasal saya ni comel sangat!

Awww. I love you Mocot!

Friday, December 23, 2011

Wednesday, November 23, 2011

SAYA DAN UNIVERSITI

Hai all's! 

Using slow shit paid internet really damn! Aku beli mahal wei, 5ringgit 1 day tapi bandwith hareeeeemmmm slow. BEST! 

Erk.. Back to the topic. Im already be one of UiTM Kedah student yaw :) And it is very hahahaha day now. Dapat kawan2 yang 'mereng', tersenarai sebagai student fakulti paling kool, lecturer yang okey la, groupmate yang baik2, life as U student, get a big room with no roomate, and everything is so awsome! bak kata Kamar. Hahahaha.

So far, everything is good for me. Kawan2 pun okey. Shasha, Huda, and Yasmin is super 'gila'. And we got new friends last day which is Paan, Hafiz and Kamar. Good. Our group always paid attention by others. Maybe sebab kami awsome sangat. LOL.

Lagi. I got insentif makanan means every month UiTM will bank in Rm200 maybe in my account bank. Wiyyyyuuu wiyyyuuuu :) Untuk budak AD macam aku, dapat Rm200 every month memang dah cukup bersyukur sebab aku memang nak kena pakai banyak duit. Huhuhuhu..

Tapi sometime i miss my home, my room damn much. Miss mama, abah and adik2:( 

UiTM Kedah ni besaq jugak lah. Dari satu tempat nak ke satu tempat pun memang berpeluh ketiak jugak. Dan aku dah rasa muka aku kelam sebab hari2 kena panas terik. Cuaca sini tak menentu kot. Panas gila sejuk pun gila. Lama2 aku pun gila. Haih!

And here, im so selekeh. Kehkehkeh. Apiet, janga risau sebab awek kamu takkan jadi perhatian ramai. She's  selekeh girl here. LOL :p

Urm, apa lagi eh? Aku rasa takdak benda lagi aku nak cerita kat sini. Later i'll will update.

Bye.

#harap2 jalan aku kat sini lurus dan terang.

Sunday, November 13, 2011

DEPAN YANG SAMAR

Mak aih tajuk! Entah apa yang samar sangat lah =)

Kadang2, aku baring atas katil letak tangan atas dahi, aku mula fikir. Fikir dan fikir. Mula kenang dan merancang. Semua bersatu dalam dua otak kiri dan kanan aku. Apa aku jadi masa depan. Kenapa dulu aku tak buat macam ni. Nanti aku nak semua jadi macam tu. And it drive me crazy sometime! Dan kadang2 buat aku takut untuk apa yang belum terjadi.

Kenang masa lalu memang kadang2 bawak meleleh air mata air hidung.

Fikir masa depan memang kadang2 bawak presure otak.

Dalam masa tak sampai dua hari aku dah nak jadi student balik. Ingat main2 macam masuk kolej dulu ke bila aku daftar masuk sana nanti. Debar tu ada jugak. Tapi sebagai gengster bertauliah, aku buat muka kool. Jangan lah nanti elok kereta mak ayah aku gerak tinggal aku, air kat mata pun kalot nak turun sama. Eceh! Jatuh kredibiliti aku tahu ٩(●̮̮̃•̃)۶

Aku tak tahu macam mana life aku nanti kat sana. Harap2 terbimbing la sikit biar tak sama macam life aku kat kolej dulu. Kucar kacir. Nasib baik ada cahaya singgah masuk dalam hidup aku, last sem kat kolej sana hidup terbimbing jugak. Kalau tidak entah sekarang aku pulak jadi lagenda kolej asyik nak repeat>.<

Lagi nanti kat sana jangan la ada siamang mana goda2 aku jadi setan. Biar la aku tenang jadi student, fokus dengan apa aku nak.

Erkkk, otak cramp tiba2. Hah! Otak cramp okey. Kau ada? Haha. Last. Good luck bebeh untuk Apiet. Final exam dah start. I know you can do it. <3 you much!

#rindu Apiet!



Saturday, October 8, 2011

KANAK-KANAK

Heyya :) Since hari ni aku memang takdak kerja, duduk termenung ja dekat rumah maksu dan aku bosan dengan keriuhan kat bawah yang penuh dengan orang ramai sebab hari ni kenduri maksu nak pi mekah 16/10 nanti. Jadi aku terus nganga depan laptop dikelilingi dengan kanak2 super riang. Atoi. 

Well, kadang2 duduk dengan kanak2 riang ni suka jugak, tapi kadang2 boleh bawak nak hawing anak orang keluaq tingkap. Perangai sekoq2 sorang2 boleh tahan biol. Jenis pesen dengaq lagu jestin bibir menari tergedik pun ada, jenis gaduh tarik rambut hentak kat lantai pun ada, jenis manja lebih pun ada. Yang jadi mangsa? Yes! Yang si penaip ni la. Huiiiiii.

Tapi, sakit2 jiwa layan kanak2 riang ni, kalau tengah bebai boleh reda terus. Sebab kanak2 riang ni kelakar dan penyejuk hati. Eceh ayat! Dah la mulut sorang2 potpetpotpet cakap banyak. Yang pelat, yang terus, yang over pandai cakap, yang macam orang tua. Macam Iris, dia pelat sikit. Bila dia nak tengok something tapi tak boleh tengok, dia mesti datang kat aku or sapa2 yang dekat dengan dia pastu cakap "nak nenok nak nenok". Grrr, macam comel ja dia cakap macam tu. LOL.

Tasnim pulak versi cakap pandai. Farhan pulak suara super halus macam suara terkepit. Hahaha. Uwais pulak so islamic tapi nakal tuhan ja tahu. Lepas yang lain2 aku dah penant nak explain. Hawhawhaw :p

Ekceli, aku tengah emosi macam haram jadah. Babih gila perasaan ni. Erk tetiba ja dari cerita kanak2 riang masuk carut2 ni. Tengok! Kan aku cakap emosi tengah haram jadah.

#kalau la boleh nak alone tapi aku perlukan kau! dan aku tak tahu kenapa tiba2 perangai aku jadi haram jadah macam ni. kalau la aku tahu kenapa.bye.

Tuesday, October 4, 2011

THE OLD ME

Aku cari aku yang dulu. Yang lama hilang ditelan masa mungkin. Aku masih mencari dan masih tak menemui. 

Aku ingat masa dulu. Dia pernah berkata. Dia. Lelaki yang bertakhta dalam hati teman aku. Yang tertarik pada pada aku. Yang katanya kerana sifat aku. Yang ramah mesra dengan sesiapa. Yang senyum manis setiap masa. Yang rancak berbual dan bergurau tawa.

Ya. Ini yang aku rindu. Yang ada pada aku dulu.

Aku masih mencari. Menjadi yang satu tentang aku yang dulu. Yang bukan cuma diam membisu sambil tersenyum. Yang tunduk malu di belakang bila disoal ditanya. Aku rindu aku yang dulu.

Mungkin ada emas tersesat dalam mulutku. Sampai memberatkan bibir untuk dibuka bersuara. Aku tak mahu emas ini. Yang aku mahu sifatku yang dulu.

Bye.

Monday, October 3, 2011

SELEPAS 111 HARI

Hai peeps. Uh, my only 5 follower, thanks for reading this annoying blog.

Lama dan lama gila tak update apa2 sebab tiba2 unifi rumah sepupu terpotong eceh padahal tak bayaq bil kuikuikui. Dan lagi saya tengah busy gila jadi pembantu peribadi sepupu saya. Puipuipui. Lagi dan lagi sebenarnya saya tak tahu nak tulis apa dalam blog busuk ni. Aukkk.

Lepas tu hari hari saya sekarang asyik main teloq, tepung, whipping cream, fresh milk, erk senang cakap main dengan bahan2 buat cake. Lepas tu lagi pipi saya pun dah berisi rasanya sebab Apit cakap macam tu. Ni semua sebab asyik makan makan dan makan.. Hiks :p

Dan berita bestnya temuduga hari tu saya berjaya dan yay! Saya akan jadi pelajar kembali. Hai UiTM-ans. Kehkehkehkeh.  

Okeyh. Cukup lah update terbaru dari saya. Sekian. Bye peeps.

Tuesday, September 20, 2011

SHAH ALAM

Ngaaaaaaa :) Saya berada di Shah Alam sekarang ni. Wah! Hirup udara baru lah esook pagi. Aummm. Tiba2 rindu Penang pulak. Kehkehkeh. Gedik beno nampak gaya tu. Hohoho.

Ahad lepas, hari yang saya gembaq gembur sangat untuk 2nd chance interview UiTM tu. Hauwau tau panel temuduga. Takmau la story lagi hal tu. Sejarah hitam. Ceh. Jatuh kredebiliti anak mafia ai. Heh. Jadi jangan tanya lagi pasal hari tu. Cuma masih harap sikit2 dapat tempat kat UiTM tu. Rawr.

Lagi2, saya nak tidoq lah dulu. Nnti saya update lagi. Aummm..

Bye.

Friday, September 16, 2011

JUJUR

Sebenarnya. 

Aku sedih sebab sekali lagi plan kami nak jumpa tak menjadi. Tapi, aku paham kalau mak dia lebih penting. Aku pun buat benda yang sama kalau aku dalam situasi dia. 

Sebab nak jumpa tak jadi, aku ajak dia skype. Rindu. Tapi dia letih dan tertidoq lepas maghrib. 

Dan.

Aku kecewa betul kali ni. Bukan sikit. Tapi banyak. Aku tunggu dia bangun sampai aku pun sama terlena. Dan siang ni, dia busy dengan motor2 dia.

Sekarang aku paham, even kita dalam perhubungan pun, masa pasangan kita bukan la selalunya untuk kita. 

Jadi.

Tolong lah ajar aku cari life aku sendiri tanpa kacau life orang sekeliling aku yang busy dan tak punya banyak masa layan kerenah aku. 

Aku rasa aku dah menjadi semakin annoying. Harap2 aku diterima masuk mana2 ipta untuk sambung study dan aku dapat balik life aku.

Bye.

RINDU

Denting yang berbunyi dari dinding kamarku
Sadarkan diriku dari lamunan panjang
Tak kurasa malam kini semakin larut
Ku masih terjaga

Sayang, kau di mana
Aku ingin bersama
Aku butuh semua untuk tepiskan rindu
Mungkinkah kau di sana merasa yang sama
Seperti dinginku di malam ini

Rintik gerimis mengundang
Kekasih di malam ini
Kita menari dalam rindu yang indah
Sepi kurasa hatiku
Saat ini oh sayangku
Jika kau di sini
Aku tenang

Mungkin ini sesuai lagi aku post di sana, di blog yang sana, aku tahu hanya dia yang baca sebab memang ini untuk dia. Rindu gila. Nak buat portfolio pun tadak semangat T______T

Bye

Tuesday, September 13, 2011

ADIK

Kelmarin [13 September 2011] adik aku yang paling bongsu, Aqil, sambut hari lahir ke 11. Yeah, dah besaq adik aku yang sorang ni. Adik yang manja. Adik yang mengada-ngada. Adik yang pemalas. Kuikuikui. Adik yang paling cengeng. Eh silap! tu untuk Danish. Puipuipuipui.

So, sebagai kakak yang bertanggungjawab, aku keluar belikan kek untuk adik aku. Hiks. Sebenarnya sebab Ummi ajak teman dia beli lens lepastu pergi kat mama and mama suruh call adik tanya dia nak apa. Mula2 tu dia mintak almond london. What the fuuuu dia mintak almond london lepas raya neyh. Mana nak cari? Tak cukup ka 3 balang aku buat dengan Mimi time raya tu. Amboih. Lepas aku protes dia mintak waffle leomag, ceh, tadak   feel nak lain dari yang lain ka adik aku ni untuk birthday dia. Puihpuih. Last dia mintak mee kuah. Adoih la adik. Then bila aku cakap untuk birthday baru dia cakap selow melow konon malu lettew dia nak cake cekelat. Aumm. Baru bercitarasa sikit. 

Ikut hati nak beli ja cake kat sekeret resepi tapi sebab bajet, yeah, penganggur marhaen macam aku tak mampu nak beli cake mahal2. Cukup cake dari kedai cake fuji yang wujud 15 tahun lalu. Heee, nyonya toke kedai cake bagitau aku woh time aku beli cake tadi. Kehkehkeh.

Tapi cake tu still dalam keadaan yang sama sebab adik tak potong lagi pun. Dia tunggu mama balik keja tapi sebab something happen, mama balik lewat and adik dah tidoq. And mama cakap takpa esok dia bangun nak pergi sekolah kita celebrate birthday dia. Adik, adik.

So untuk adik yang dah besaq tahun depan nak UPSR, be a good boy yeah. Ati doa adik berjaya. Adik jadi anak lelaki mama abah yang boleh di harap. Adik jadi lelaki macho nanti besaq jangan jadi perosak anak dara orang, jangan jadi samseng, jangan merempit. Cop! Ucapan untuk Danish jugak sebab birthday dia [7 June] hari tu aku tadak buat entry sebab stil kat kolej yang line internet kena potong boooo loser punya kolej. Kehkehkeh. Both of you jadi yang terbaik untuk mama abah and jangan hampakan kami semua. I love both of you Danish & Aqil even kita selalu bergaduh bertumbuk wow ganasnya kita. Hehehe.

Okey bye.

#aku harap adik2 aku terharu nanti bila baca entry ni. Nanti bila depa dah pandai main blog dan tahu kakak depa yang cute ni ada blog yang ohsem. Okey aku perasan sat. LOL

Friday, September 9, 2011

BYE

Kakak aku balik universitas hari ni. Okey fine aku sedih sebenaqnya.

Sebab.

Dah takdak driver free.
Lapaq mekdi nanti sapa nak bawak pi beli.
Sapa nak teman aku gaduh.
Fuuuuuu, tidoq sorang tak best sebenaqnya.
Takdak teman nak merepek dah.
Tak boleh selalu pi tesco dah even aku benci tesco lepas benty keja kat King. *bengong
Bla bla bla aku tak tau nak tulis apa dah.

Yay! Aku terus jadi loser balik duduk rumah sorang2 :(

Ummi pun takdak.

Huwaaaaaaaaaaaaaaa. Nak kawan dengan sapa lepas ni.

Bye.

Wednesday, September 7, 2011

PELUANG KEDUA

Cerita lepas raya, aku memang tak sehebat anda anda dan anda *jaritunjukmukalu. Orang lain dah naik keja, dah sibuk study, kelam kabut siapkan assignment, ouh yang mula packing barang nak balik universiti *lambaikatMIMI tapi aku masih lagi kat sini. Fuuuuuuuuuuuuuu.

Yang berita gembira cuma satu. Aku dapat second chance interview Uitm untuk Fakulty Art & Design. *lompatsampaisiling. So, i try hard to take a place in there. I choose design graphic since i like damn much editing photo, make own blog header, design logo etc. Plus ada minor untuk fotografi. Yeah.

So, i hardly looking tutorial for how to do manipulation in photo, lighting effect, make doodle bla bla bla. It will working? Im just hope i will pass this interview. Kalau gagal lagi mahu frust menonggeng 5 bulan. Wuwuwuwu.

So here my first manipulation editing based tutorial on youtube.

this is hantu lemon. rawr.

Well, it look hodoh but okey la for my 1st trial. Kehkehkehkeh.

Jadi, anda *senyumsampaiteling. Tolong doakan saya ye. Muah.

Bye.

Saturday, September 3, 2011

RAYA! #5 - LAST

So, macam tahun lepas, tahun ni pun aku ada jugak plan keluar beraya dengan kawan2 aku. Tapi dah tak meriah pulak macam tahun lepas. Maybe sebab masa pack semua terkejar2 nak beraya dengan family, nak balik keja eh tahun ni semua cuti dapat seminggu ja. Ceh! Nasib baik aku penganggur jadi hari2 hari cuti untuk aku. Yay!

So, aku, Wahida Mael dan Ida Man ja yang ada untuk raya dengan kawan kali ni. Dan tiga rumah ja kami pi rumah Sheila, Fairuz and Pon. Hahaha. Tak kira bertiga cuma atau berama2, tetap fun sebab semua pun perangai gila2 bukan gila. Asyik gelak ja. Dan Ida Man memang peramah sampai aku terfikir nak menuntut ilmu  komunikasi dengan dia. Hahaha.

Raya kelima, aku pergi pantai dengan family. Yay! Best kot mandi laut. Dapat pakej warnakan kulit menjadi hitam menawan. Huuuuuuu:)

Malam ni, kejap lagi nak pi BBQ rumah pakman. So makan lagi dan aku suka. Yes!

Jadi konklusinya raya 2011 adalah cuma suam2 kuku tapi aku tetap bahagia sebab dapat sambut raya dengan semua yang aku sayang.

Last. Selamat Hari Raya Maaf Zahir & Batin again:)

Bye.

#neway aku dapat duit raya banyak jugak. ni ja part yang best untuk raya kali ni. hahahaha.

Thursday, September 1, 2011

RAYA! #4

Pesen raya zaman muda remaja ni teruja dia tak berapa sangat. Tapi bab2 duit raya tak nak kalah. Lebih banyak jugak aku dapat dari adik2 aku yang sakan beraya sekampung tu. Heuheuheu.

Selain habiskan masa penuhkan perut, banyak jugak masa aku habiskan dengan bergolek2 atas sofa ja tunggu tetamu datang beraya. Ceh. Memang tak rare langsung raya kali ni.

Raya dengan family pun macam suam2 kuku ja. Entah la. Dah jemu raya single kot. Nanti raya berdua lagi best kot. Hiks:p

Lepas raya ni aku kena lagi fokus cari benda aku nak buat. Kalau tidak memang terkontang kanting la sorang2 aku kat sini. Kat rumah. Lepas tu mula nak meqap apiet mesej 24 jam.. Hehehehe.

Okey fine!

Aku tak nak weh jadi antisosial. 

Jadi, tolong doa aku berjaya interview uitm kali ni:)

Bye.

Wednesday, August 31, 2011

RAYA! #3

Untung la raya2 pun kena tekup muka kat bantal.

Bye.

Monday, August 29, 2011

RAYA! #2

Hai buddies. 

Kehkehkeh. Tajuk nak bajet ada siri2 pulak. Puih =) Neway this 2nd entry for raya. Yeah, today is raya. Yea lah,  dah masuk 30 Ogos kot. Raya lah. Weeeeeeeee. 

So, raya this year harap2 dapat berkat and semua happy2. 

Ouh, saya suka tahun ni saya beraya dengan superman saya. Kuikuikuikui. ILYSM baby. Auwwwww.

Ya, dan saya suka bila semua sedara mara balik penang tahun ni. Awsome. Memang harap2 meriah. 

Last.

SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR BATIN.

Sorry for wrongdoings, post entry yang menjengkelkan, kata2 yang menikam kalbu. Pui ayat. 0-0 yea kawan2. 

Bye.

Thursday, August 25, 2011

RAYA!

Hello peeps. Assalammualaikum. 

Hohohoho, it 4 days to go. Aidilfitri will coming soon. Fuyoh2. And bye to ramadhan. Sobsobsob. Next year hope we will meet again. 

Jadi, sebagai anak gadis yang sudah mencecah ke usia 20-an, yes muda lagi!, aku dengan kakak aku berasa eloknya kami berkelakuan seperti anak-anak gadis usia 20-an seperti kami. Yang rajin ke dapur, yang pandai memasak, yang layak dibuat menantu. Eh!

Jadinya, kami berkeputusan untuk meriahkan hari raya tahun ini dengan hasil tangan kami sendiri. Curtain, baju raya mama, beskut2 raya, yeah, semua hasil tangan kami. Malahan cat rumah jugak, hasil tangan kakak aku dengan adik2 abang2 dan abah aku. Aku? Zzzzzzz, tak larat nak gelek2 roll cat tu. Muehehehehe.

*kenapaakurasaayatakukarangmacamharamskemawoi

Ouh2, tema tahun ini. Actually it our 1st theme for raya. Its grey. Tapi tak tahu abang2 aku beli ke tak baju melayu warna grey tu.Payah dua orang samdol tu. Eh! Dua orang lelaki dewasa tu. Grrrrr.

Yeah, ini jugak tahun pertama aku beraya sebagai gadis untuk seorang jejaka. *ohmyayataku! Eh! bukan. Bukan tahun pertama sebab sebelum2 ini jugak pernah merasai tapi yang sebelum2 tu aku boleh cakap raya sebagai gadis untuk jejaka atau tak sama saja. 

Tapi kali ni lain. 

Lain yang aku sendiri tak tahu nak cakap. Tapi, yang satunya aku tahu, aku bersungguh betul nak buat kuih kesukaan dia. Even dah tersalah step bancuh adunan, aku sanggup biar mama aku tukar ke biskut lain supaya esok aku boleh bancuh adunan yang betul untuk biskut kesukaan dia. Dan kakak hanya tersengih. Dia tahu apa dalam hati adiknya mungkin. Fuuuuuuuuuuuuuuu. *harapdiadatangrayarumahaku

Eh! Cookies dah sejuk, Boleh simpan dalam balang dah. Nanti aku sambung. Hehehehe.

Bye.

Wednesday, August 24, 2011

FROM BOTTOM OF MY HEART


Hiduplah baik2. Saya janji awak takkan menangis lagi untuk perangai tak menghargai saya. Saya faham apa yang awak mahu dan saya dah cuba. Dan perangai buruk yang saya dah aplikasikan dalam diri saya sejak kecil bukan lah perkara yang paling senang boleh saya buang walaupun itu yang awak mahu. 

Loser macam saya memang selalu gagal. Ya, statement ini bukan untuk simpati lagi.

*bawak diri

Dan maaf.

Ini saja yang saya mampu lakukan.

Saya bagi awak ruang. Saya masih cuba untuk berubah dan kalau awak mampu tunggu, terima kasih. 

Last, i love you apiet.

Thursday, August 18, 2011

HAI

Hai. Heh! Tangan beku. Tangan beku. Sebab dah lama tak menaip. Kihkihkih. Im out of mood lately to update this blog. Kalau buka jeling2 dekat dashboard je. Blog mafia tu pun tak berupdate. Mesti orang sana tu selalu buka2 blog tu nak tengok apa aku tulis pasal dia. Haaaaaaaa.. Baik ngaku! Hahahaha. 

Neway ada dua blog sebenarnya. Satu blog konon nampak kool satu lagi blog jiwang nak mampssss. Deng! Tembak kepala. Hiks.

Tidoq bangun tidoq bangun fuuuuu nasib baik hidup lagi dan yay lagi 11 hari dah nak raya. Eh! Dalam kalendar tahun ni tak cukup 30 hari puasa jadi yay 10 hari lagi nak raya. 

What the fuuuuuu. Curtain tak siap jahit lagi, baju mama, baju mimi. Baju aku? Tsktsktsk. Kau tahu kain polka dot mak beli kat TAR hari tu musnah kena belasah dengan mak. Tapi, nampak cam cacat still cantik. Mak kan meletops. Sikit2 problem tu senang je nak fix balik. Auwwww.

Ni apa jadah masuk cerita kain baju dah jadi ponds. #facepalm

Erkkkk. Okey rumah dah macam cantik what what what abah memang tukang rumah paling best dan aku anak paling malas tak tolong pun depa cat rumah tapi aku kan kena jahit langsir baju kain tu. Jadi fair la kan.

Oeky nak cerita yang tu ja. 

Bye.

Friday, August 5, 2011

V SENGET DEKAT 3

Back to 230 days ago. It was a bloomy early morning when i became his. There has loves bloom above my head. I'm only smiling with blushing cheek. Yes, it was that day. That morning. I fallen in love with him.

Back to 201 days ago. He send me an sms. It was one from thousand sms between me and him. And i save this sms "Uyoo.love u so much my dear". Deng! I was terribly into his love.

Back to 182 days ago. "j'ai besoin de toi pour toujours". From him to me.

Pfffftttt. Write in malay please. Ding dong bell. 

Hari ni hari ke 231. Dan terima kasih tuhan sebab masih letak cinta dari dia dalam hati saya. Walaupun kadang2 saya goyah untuk terus percaya kami akan terus sampai mati. Maaf. 

Saya  tak tahu kenapa malam ini pagi ini saya sangat emosi. 

Saya duduk diam2 dekat sini tunggu kamu. Jangan risau saya tak akan ke mana2. Sebab saya dah janji takkan tinggalkan kamu. 

Saya rindu kamu. *lapairmata.

Dan saya rasa macam kamu dah berubah.

Atau saya yang tak faham situasi kamu yang kadang2 perlu masa sendiri bukan berkepit terus dengan saya. Berkepit bukan macam berkepit kepit sana sini tapi berkepit disini macam sms call layan saya etc seharian setiap hari.

Bye.

Thursday, August 4, 2011

SROTT SROTTT TUTTTT

Ehem. Ehem. Hari ni dah hari ke-4 posa. 26 days to go. Yay! 

Harap2 posa kali ni boleh penuhkan terawikh walaupun asyik2 sampai 8 rakaat saja. Pffftttt :p

Harap2 raya kali ni meriah sebab semua famili berkumpul. Yes! Zuhair balik kampung. Atototototo budak kecik kiut banyak cakap akai jenuh yang aku suka melayan sangat. 

Harap2 baju raya aku boleh jahit sendiri tahun ni. Sia2 belajar menjahit 2 tahun kalau tak boleh jahit baju. LOL.

Harap2 Apiet boleh datang raya rumah aku. Kuikuikuikui. Meh nak sumbat biskut raya saya buat. Nak rasa sangat. Awek kamu pandai jugak tahu buat biskut raya.

Okey. Last. Harap2 semua harapan aku menjadi. 

Bye.

Tuesday, August 2, 2011

RESULT

Result dah keluar. Jadi esok langkah kaki tuju kaunter BSN beli nombor pin. Kemudian terus nak memohon sambung belajar. Tengok azam tinggi menggunung semangat betul aku nak belajar. 

Harap2 esok tak bangun tengah hari macam tadi. Rawr.

Thursday, July 28, 2011

JOBLESS

Bye-bye King's. I will not miss you. Deng! 

Im quit. Tengteng. Jadi sekarang aku jobless. Mungkin boleh bagi tumpuan untuk jadi anak dara berjaya. Jadi langkah pertama. Spagetti aku masak ni boleh tahan sedap. Ehem.

Esok?

Fly to KL. Kota lemas macam #hanamaruku kata. Jadi away untuk beberapa hari. Argh, kalau tak away pun memang jarang update. Tak payah nak bajet top blogger meyh. Toink.

Bye.

Friday, July 15, 2011

KERJA

Kerja dalam tekanan gaji ribu2 pun tadak guna tambah lagi dapat teman kerja perangai sedikit celaka.

Thursday, July 14, 2011

HAI KAWAN2:)

Aku rindu kesemua anda. Hidup baik2. One fine day, aku nak jumpa kesemua anda, duduk semeja, makan2, minum2, dan bergelak tawa sama macam kita pernah lakukan lepas2. Sumpah rindu.


Damn ah habuk masuk mata pulak. =.O

Friday, July 8, 2011

TANPA TAJUK

Lepas habis kolej. Roda hidup aku sekali lagi berubah putaran. Berubah kitaran. Sama macam lepas tamat zaman sekolah.  Aku mula jadi lonely. Hidup tanpa kawan2. Jadi pilihan yang ada, cari kawan baru. Bila kawan lama dah mula jalan arah berlainan dengan aku. Jadi, hai King's staff. Thanks for being my bored member. Also staff2 yang sama2 cari duit dalam bangunan Tesco Extra Sebrang Jaya

King's- Senang cakap kedai kek dan roti la. Pegang jawatan bakery assistant, tenaga aku dikerah macam kuli buat jalan keretapi maut zaman komunis dulu. Memang penat sial. Aku ingat, dalam dua tiga minggu lagi, botak gendut tu dapat la surat cinta dari aku. Resign.

Jadi sekarang aku duk merangka pelan hidup aku balik. Sebelum aku betul2 jadi penganggur balik, aku kena ada arah tuju supaya aku tak jadi loner terperap dalam bilik jadi internet maniac.

Well, harap2 jalan rezeki aku terbuka luas. Amin.

Sunday, June 12, 2011

HASTA LA VISTA

Yaw kolej. Bye-bye. Jangan rindu aku. Sebab aku takkan rindu kamu. Tipu! Untuk kolej thanks sebab tak runtuh time aku tengah belajaq jahit baju. Hekhekhek.

Lecturer2 sekalian. Saya tahu kamu sedih saya tamat belajaq. Terima kasih sudah bagi ilmu mengunung tinggi sampai saya rasa nak pecah kepala. Saya rasa saya sedikit berjaya sekarang sebab maki hamun kamu saya lulus jugak ambil sijil:) Saya tahu kamu bangga kan saya jadi student kamu. Lalalala. Bye lecturer2 sekalian. Halalkan ilmu yang kamu bagi dekat saya. Terima kasih.

Kawan2. Nanti aku akan rindu kamu semua. Kenapa nanti bukan sekarang? Sebab sekarang baru sangat. Punkoq takdan hangat duduk kat rumah. Bau kamu semua pun bersisa lagi kat lubang hidung. Jadi tak rasa rindu sangat. Hahaha. Kawan2. Halalkan segalanya okey. Maaf kalau ada buat salah. Aku kan jahat. Eh bukan jahat tapi nakal. Hohohoho. Nanti jumpa aku kat mana2 jangan segan silu tegur aku. Jangan sombong ye. Aku doa kamu semua berjaya dalam hidup. 

Untuk semua. Aku sayang kamu semua. Yang pernah declare jadi musuh pun, aku tetap sayang. 0-0 okey. Bye.


Sunday, May 29, 2011

KEHADAPAN KEKASIH HATI #3

Im  not really understand how u busy with ur new job. And im not really know how to  express my feeling to be the  'waiter'. One thing im understand for the whole thing out lately is, im not being the VIP in ur heart anymore. And its fuck up me so bad. TQ.

Thursday, May 5, 2011

KEHADAPAN KEKASIH HATI #1

Saya sayang kamu.
Terima kasih untuk sudi kongsi separuh hati kamu dengan saya.
Saya tak nak kehilangan kamu.
Maaf selalu jadi manusia paling annoying untuk hal2 kecil.
Saya rindu kamu hari2.
Bila kamu di sisi saya jadi diri saya dalam sisi yang bahagia.
Saya bahagia dengan kamu.
Harap kamu jadi pasangan saya untuk 40ratus ribu tahun lagi.
Saya nak hidup dengan kamu selamanya.
Terima kasih sebab sanggup layan perangai saya yang tak menentu.
Saya tak pernah puas jadi kekasih kamu.
Jangan tinggalkan saya. #hope.

Monday, May 2, 2011

WHEN A GIRL IN LOVE, SHE ALWAYS DREAMING STUPID THINGS

Dari hari aku kenal cinta, aku selalu dan suka sangat berangan. Nak buat benda sweet-sweet. Tak tau kenapa. Even kadang-kadang benda tu macam tak logik, macam memang tak boleh buat aku tetap berangan. Tapi ada jugak yang boleh buat. Hahaha. Salah satu aku suka dok berangan, aku pernah terfikir kalau kiss in the rain memang kool gila. Tapi kiss? Okey. Tolak tepi. Tunggu kawin boleh kot. Hahahaha.

[ Gambar] Sweet kan. Kan. Hahaha.

One more thing, agak-agak makan megi cup depan tujuh sebelas tu indah tak? Makan dengan orang yang kita sayang. #futurehusband kita. Lolololo. Memang macam sweet gila.

Kalau time senja-senja lepak tepi pantai tengok sunset pun memang indah. Lepas tu pakwe main gitar lagu Bruno Mars-Marry You. Sah-sah esok tu aku mintak izin mama abah nak kawin. Hahaha. Gedik. Larikkkk.

Satu lagi, benda ni memang aku nak buat tapi tak tau bila. Snap gambar aku dan dia pastu buat portfolio. Hahahaha. Lepastu bagi kat dia. Lalalalala.

Kalau nak cerita kat sini, sampai esok tak habis. Macam-macam yang aku nak buat. 

Bye.

SELAMAT HARI IBU MAMA

Hari ni 2 Mei. Bulan Mei. Macam semua orang tahu, bulan Mei ada 1 hari tu dipanggil hari ibu. Aku tak tahu tarikh sebenar-benarnya untuk hari ibu sebab setiap tahun tarikh tukar2. Tak kisah lah, yang penting ini entry khas untuk mama. Sempena hari ibu. 

Mama.

Dia sangat cantik. Tengok lah anak dia. Cantik jugak. Well, kemana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi. Hikhik.  Mama sangat workholic. Dari muda sampai sekarang, mama masih bekerja. Untuk bagi makan kami adik beradik. Untuk tolong abah sara kami semua. Mama alway be the best dalam hati aku. Takkan ada mana-mana perempuan boleh ambil tempat mama dalam hati aku. Mama adalah mama yang sangat memahami anak2. Apa kehendak kami, mama akan cuba tunaikan. Bagi mama, biar mama tak pakai baju baru takpa, asalkan anak2 mama tak pakai baju koyak2. 

Mama selalu cerita macam mana susah mama time dulu2. Mama turun bendang tolong arwah tokwan untuk dapat duit. Tapi kami goyang kaki tengok tv bila mama sengkang mata kerja kilang. Mama selalu pesan jadi orang baik2. Tapi aku selalu pilih jadi jahat. Maaf mama. I always hurt you. Mama adalah mama yang paling best. Kami boleh bercerita apa saja dengan mama dan mama akan selalu dengar tanpa jemu. Tapi aku lagi suka berahsia dengan mama sampai mama selalu susah hati pasal aku. Maaf mama.

Tapi apa pun aku buat, jauh sudut aku. Aku sayang mama lebih dari segalanya. Aku tak boleh terfikir langsung bila satu hari nanti aku hilang mama. Sebab aku tak pernah bersedia untuk hilang mama. Dan aku taknak hilang mama. Kalau takdir aku yang pegang, aku susun biar aku pergi dulu. Sebab aku taknak rasa sakit hilang mama. Tapi takdir DIA yang pegang. Jadi aku cuma boleh doa biar DIA selalu panjangkan usia mama untuk peluang aku balas jasa2 mama.

Mama. I love you. Much more day by day. Selamat hari ibu mama. 

Ouh. Selamat hari ibu jugak untuk mama2 di luar sana. Thanks lahirkan kami semua. Dan. Untuk bakal ibu mertua jugak. Kehkehkeh.

Bye.

Sunday, May 1, 2011

HITAM

Plan ke The Carnivall Waterpark berjalan lancar. Viva hitam sewa RM70 sehari jadi kenderaan rasmi kami. Well, lima orang dalam satu kereta Viva tu not bad la sempit dia. Boleh lagi buat senaman regang badan kalau lenguh. Sampai sana, dapat satu jam tangan harga RM23 permit masuk dalam. Tukar baju, simpan barang dalam loker yang kena beli token RM5 satu keping, semua terus terjun dalam ayaq. Mashukkkkk:)

Menarik jugak la naik slide imagine terbang ke langit lepas tu jatuh terhempas dalam ayaq. Sakit tekak boleh tahan menjerit puas time main slide dekat situ. Kalau jenis muka tak malu tu, memang tak malu jugak. Sempat lagi kami join family day syarikat mana tah main tarik2 pelampung dalam kolam. Ada sorang pakcik gatal tahap dewa main cuit2 aku. Ceh. Ingat lawak. Macam mintak penampaq punya perangai orang tua tu. Terus aku lari jauh2. Geli.

Kami main sampai puas. Seharian dalam ayaq sampai kecut segalanya. Pukul 1 lebih kami sampai rumah sewa. Dan semua terbongkang lena sampai ke siang. Bila bangun tengok cermin. Fuh. Kelam. Terima kasih. Nanti kita buat lagi aktiviti kelamkan muka ye kawan2:)

Bye.

Tuesday, April 26, 2011

BAHAGIA

[Gambar] bercinta dengan kamu macam makan
gula-gula kapas.manis dan lembut. saya sayang kamu.


Dia tak ada ferrari untuk aku tumpang berlagak depan kamu semua.
Dia tak ada banglo enam tingkat boleh aku canang pada dunia.
Dia tak ada duit juta2 boleh aku tabur beli syurga.

Tapi.

Dia ada cinta yang aku bangga punya dia.
Dia ada sayang yang buat aku bahagia bersama dia.
Dia ada hormat buat aku selesa bila dengan dia.

Dan untuk semua yang aku rasa dengan dia.
Aku cinta dia buat selamanya.

Wednesday, April 6, 2011

PASSER [MOVE ON]


[Gambar] Move on

Aku pernah ada blog sebelum ni. Aku baru saja tutup setengah jam yang lepas. Aku rasa nak move on. Dari blog macam bodoh ke blog sedikit matang. Blog lama dah macam diari Apiet kata. Okey. Maybe blog ni pun jadi diari aku jugak. Tapi mungkin sedikit matang. Sedikit sudah. Matang sangat pun tak best jugak.

Reason sebenar aku move on dari blog lama? Aku geli pulak baca entry lama-lama aku. Gila gediks ayat nak euwwww euwwwww. Ouh pelis=.='

Nanti ada jugak entry dari blog lama aku masuk dalam sini. Nanti lah. Okey bye.