Saturday, October 8, 2011

KANAK-KANAK

Heyya :) Since hari ni aku memang takdak kerja, duduk termenung ja dekat rumah maksu dan aku bosan dengan keriuhan kat bawah yang penuh dengan orang ramai sebab hari ni kenduri maksu nak pi mekah 16/10 nanti. Jadi aku terus nganga depan laptop dikelilingi dengan kanak2 super riang. Atoi. 

Well, kadang2 duduk dengan kanak2 riang ni suka jugak, tapi kadang2 boleh bawak nak hawing anak orang keluaq tingkap. Perangai sekoq2 sorang2 boleh tahan biol. Jenis pesen dengaq lagu jestin bibir menari tergedik pun ada, jenis gaduh tarik rambut hentak kat lantai pun ada, jenis manja lebih pun ada. Yang jadi mangsa? Yes! Yang si penaip ni la. Huiiiiii.

Tapi, sakit2 jiwa layan kanak2 riang ni, kalau tengah bebai boleh reda terus. Sebab kanak2 riang ni kelakar dan penyejuk hati. Eceh ayat! Dah la mulut sorang2 potpetpotpet cakap banyak. Yang pelat, yang terus, yang over pandai cakap, yang macam orang tua. Macam Iris, dia pelat sikit. Bila dia nak tengok something tapi tak boleh tengok, dia mesti datang kat aku or sapa2 yang dekat dengan dia pastu cakap "nak nenok nak nenok". Grrr, macam comel ja dia cakap macam tu. LOL.

Tasnim pulak versi cakap pandai. Farhan pulak suara super halus macam suara terkepit. Hahaha. Uwais pulak so islamic tapi nakal tuhan ja tahu. Lepas yang lain2 aku dah penant nak explain. Hawhawhaw :p

Ekceli, aku tengah emosi macam haram jadah. Babih gila perasaan ni. Erk tetiba ja dari cerita kanak2 riang masuk carut2 ni. Tengok! Kan aku cakap emosi tengah haram jadah.

#kalau la boleh nak alone tapi aku perlukan kau! dan aku tak tahu kenapa tiba2 perangai aku jadi haram jadah macam ni. kalau la aku tahu kenapa.bye.

Tuesday, October 4, 2011

THE OLD ME

Aku cari aku yang dulu. Yang lama hilang ditelan masa mungkin. Aku masih mencari dan masih tak menemui. 

Aku ingat masa dulu. Dia pernah berkata. Dia. Lelaki yang bertakhta dalam hati teman aku. Yang tertarik pada pada aku. Yang katanya kerana sifat aku. Yang ramah mesra dengan sesiapa. Yang senyum manis setiap masa. Yang rancak berbual dan bergurau tawa.

Ya. Ini yang aku rindu. Yang ada pada aku dulu.

Aku masih mencari. Menjadi yang satu tentang aku yang dulu. Yang bukan cuma diam membisu sambil tersenyum. Yang tunduk malu di belakang bila disoal ditanya. Aku rindu aku yang dulu.

Mungkin ada emas tersesat dalam mulutku. Sampai memberatkan bibir untuk dibuka bersuara. Aku tak mahu emas ini. Yang aku mahu sifatku yang dulu.

Bye.

Monday, October 3, 2011

SELEPAS 111 HARI

Hai peeps. Uh, my only 5 follower, thanks for reading this annoying blog.

Lama dan lama gila tak update apa2 sebab tiba2 unifi rumah sepupu terpotong eceh padahal tak bayaq bil kuikuikui. Dan lagi saya tengah busy gila jadi pembantu peribadi sepupu saya. Puipuipui. Lagi dan lagi sebenarnya saya tak tahu nak tulis apa dalam blog busuk ni. Aukkk.

Lepas tu hari hari saya sekarang asyik main teloq, tepung, whipping cream, fresh milk, erk senang cakap main dengan bahan2 buat cake. Lepas tu lagi pipi saya pun dah berisi rasanya sebab Apit cakap macam tu. Ni semua sebab asyik makan makan dan makan.. Hiks :p

Dan berita bestnya temuduga hari tu saya berjaya dan yay! Saya akan jadi pelajar kembali. Hai UiTM-ans. Kehkehkehkeh.  

Okeyh. Cukup lah update terbaru dari saya. Sekian. Bye peeps.