Wednesday, November 23, 2011

SAYA DAN UNIVERSITI

Hai all's! 

Using slow shit paid internet really damn! Aku beli mahal wei, 5ringgit 1 day tapi bandwith hareeeeemmmm slow. BEST! 

Erk.. Back to the topic. Im already be one of UiTM Kedah student yaw :) And it is very hahahaha day now. Dapat kawan2 yang 'mereng', tersenarai sebagai student fakulti paling kool, lecturer yang okey la, groupmate yang baik2, life as U student, get a big room with no roomate, and everything is so awsome! bak kata Kamar. Hahahaha.

So far, everything is good for me. Kawan2 pun okey. Shasha, Huda, and Yasmin is super 'gila'. And we got new friends last day which is Paan, Hafiz and Kamar. Good. Our group always paid attention by others. Maybe sebab kami awsome sangat. LOL.

Lagi. I got insentif makanan means every month UiTM will bank in Rm200 maybe in my account bank. Wiyyyyuuu wiyyyuuuu :) Untuk budak AD macam aku, dapat Rm200 every month memang dah cukup bersyukur sebab aku memang nak kena pakai banyak duit. Huhuhuhu..

Tapi sometime i miss my home, my room damn much. Miss mama, abah and adik2:( 

UiTM Kedah ni besaq jugak lah. Dari satu tempat nak ke satu tempat pun memang berpeluh ketiak jugak. Dan aku dah rasa muka aku kelam sebab hari2 kena panas terik. Cuaca sini tak menentu kot. Panas gila sejuk pun gila. Lama2 aku pun gila. Haih!

And here, im so selekeh. Kehkehkeh. Apiet, janga risau sebab awek kamu takkan jadi perhatian ramai. She's  selekeh girl here. LOL :p

Urm, apa lagi eh? Aku rasa takdak benda lagi aku nak cerita kat sini. Later i'll will update.

Bye.

#harap2 jalan aku kat sini lurus dan terang.

Sunday, November 13, 2011

DEPAN YANG SAMAR

Mak aih tajuk! Entah apa yang samar sangat lah =)

Kadang2, aku baring atas katil letak tangan atas dahi, aku mula fikir. Fikir dan fikir. Mula kenang dan merancang. Semua bersatu dalam dua otak kiri dan kanan aku. Apa aku jadi masa depan. Kenapa dulu aku tak buat macam ni. Nanti aku nak semua jadi macam tu. And it drive me crazy sometime! Dan kadang2 buat aku takut untuk apa yang belum terjadi.

Kenang masa lalu memang kadang2 bawak meleleh air mata air hidung.

Fikir masa depan memang kadang2 bawak presure otak.

Dalam masa tak sampai dua hari aku dah nak jadi student balik. Ingat main2 macam masuk kolej dulu ke bila aku daftar masuk sana nanti. Debar tu ada jugak. Tapi sebagai gengster bertauliah, aku buat muka kool. Jangan lah nanti elok kereta mak ayah aku gerak tinggal aku, air kat mata pun kalot nak turun sama. Eceh! Jatuh kredibiliti aku tahu ٩(●̮̮̃•̃)۶

Aku tak tahu macam mana life aku nanti kat sana. Harap2 terbimbing la sikit biar tak sama macam life aku kat kolej dulu. Kucar kacir. Nasib baik ada cahaya singgah masuk dalam hidup aku, last sem kat kolej sana hidup terbimbing jugak. Kalau tidak entah sekarang aku pulak jadi lagenda kolej asyik nak repeat>.<

Lagi nanti kat sana jangan la ada siamang mana goda2 aku jadi setan. Biar la aku tenang jadi student, fokus dengan apa aku nak.

Erkkk, otak cramp tiba2. Hah! Otak cramp okey. Kau ada? Haha. Last. Good luck bebeh untuk Apiet. Final exam dah start. I know you can do it. <3 you much!

#rindu Apiet!



Saturday, October 8, 2011

KANAK-KANAK

Heyya :) Since hari ni aku memang takdak kerja, duduk termenung ja dekat rumah maksu dan aku bosan dengan keriuhan kat bawah yang penuh dengan orang ramai sebab hari ni kenduri maksu nak pi mekah 16/10 nanti. Jadi aku terus nganga depan laptop dikelilingi dengan kanak2 super riang. Atoi. 

Well, kadang2 duduk dengan kanak2 riang ni suka jugak, tapi kadang2 boleh bawak nak hawing anak orang keluaq tingkap. Perangai sekoq2 sorang2 boleh tahan biol. Jenis pesen dengaq lagu jestin bibir menari tergedik pun ada, jenis gaduh tarik rambut hentak kat lantai pun ada, jenis manja lebih pun ada. Yang jadi mangsa? Yes! Yang si penaip ni la. Huiiiiii.

Tapi, sakit2 jiwa layan kanak2 riang ni, kalau tengah bebai boleh reda terus. Sebab kanak2 riang ni kelakar dan penyejuk hati. Eceh ayat! Dah la mulut sorang2 potpetpotpet cakap banyak. Yang pelat, yang terus, yang over pandai cakap, yang macam orang tua. Macam Iris, dia pelat sikit. Bila dia nak tengok something tapi tak boleh tengok, dia mesti datang kat aku or sapa2 yang dekat dengan dia pastu cakap "nak nenok nak nenok". Grrr, macam comel ja dia cakap macam tu. LOL.

Tasnim pulak versi cakap pandai. Farhan pulak suara super halus macam suara terkepit. Hahaha. Uwais pulak so islamic tapi nakal tuhan ja tahu. Lepas yang lain2 aku dah penant nak explain. Hawhawhaw :p

Ekceli, aku tengah emosi macam haram jadah. Babih gila perasaan ni. Erk tetiba ja dari cerita kanak2 riang masuk carut2 ni. Tengok! Kan aku cakap emosi tengah haram jadah.

#kalau la boleh nak alone tapi aku perlukan kau! dan aku tak tahu kenapa tiba2 perangai aku jadi haram jadah macam ni. kalau la aku tahu kenapa.bye.

Tuesday, October 4, 2011

THE OLD ME

Aku cari aku yang dulu. Yang lama hilang ditelan masa mungkin. Aku masih mencari dan masih tak menemui. 

Aku ingat masa dulu. Dia pernah berkata. Dia. Lelaki yang bertakhta dalam hati teman aku. Yang tertarik pada pada aku. Yang katanya kerana sifat aku. Yang ramah mesra dengan sesiapa. Yang senyum manis setiap masa. Yang rancak berbual dan bergurau tawa.

Ya. Ini yang aku rindu. Yang ada pada aku dulu.

Aku masih mencari. Menjadi yang satu tentang aku yang dulu. Yang bukan cuma diam membisu sambil tersenyum. Yang tunduk malu di belakang bila disoal ditanya. Aku rindu aku yang dulu.

Mungkin ada emas tersesat dalam mulutku. Sampai memberatkan bibir untuk dibuka bersuara. Aku tak mahu emas ini. Yang aku mahu sifatku yang dulu.

Bye.

Monday, October 3, 2011

SELEPAS 111 HARI

Hai peeps. Uh, my only 5 follower, thanks for reading this annoying blog.

Lama dan lama gila tak update apa2 sebab tiba2 unifi rumah sepupu terpotong eceh padahal tak bayaq bil kuikuikui. Dan lagi saya tengah busy gila jadi pembantu peribadi sepupu saya. Puipuipui. Lagi dan lagi sebenarnya saya tak tahu nak tulis apa dalam blog busuk ni. Aukkk.

Lepas tu hari hari saya sekarang asyik main teloq, tepung, whipping cream, fresh milk, erk senang cakap main dengan bahan2 buat cake. Lepas tu lagi pipi saya pun dah berisi rasanya sebab Apit cakap macam tu. Ni semua sebab asyik makan makan dan makan.. Hiks :p

Dan berita bestnya temuduga hari tu saya berjaya dan yay! Saya akan jadi pelajar kembali. Hai UiTM-ans. Kehkehkehkeh.  

Okeyh. Cukup lah update terbaru dari saya. Sekian. Bye peeps.

Tuesday, September 20, 2011

SHAH ALAM

Ngaaaaaaa :) Saya berada di Shah Alam sekarang ni. Wah! Hirup udara baru lah esook pagi. Aummm. Tiba2 rindu Penang pulak. Kehkehkeh. Gedik beno nampak gaya tu. Hohoho.

Ahad lepas, hari yang saya gembaq gembur sangat untuk 2nd chance interview UiTM tu. Hauwau tau panel temuduga. Takmau la story lagi hal tu. Sejarah hitam. Ceh. Jatuh kredebiliti anak mafia ai. Heh. Jadi jangan tanya lagi pasal hari tu. Cuma masih harap sikit2 dapat tempat kat UiTM tu. Rawr.

Lagi2, saya nak tidoq lah dulu. Nnti saya update lagi. Aummm..

Bye.

Friday, September 16, 2011

JUJUR

Sebenarnya. 

Aku sedih sebab sekali lagi plan kami nak jumpa tak menjadi. Tapi, aku paham kalau mak dia lebih penting. Aku pun buat benda yang sama kalau aku dalam situasi dia. 

Sebab nak jumpa tak jadi, aku ajak dia skype. Rindu. Tapi dia letih dan tertidoq lepas maghrib. 

Dan.

Aku kecewa betul kali ni. Bukan sikit. Tapi banyak. Aku tunggu dia bangun sampai aku pun sama terlena. Dan siang ni, dia busy dengan motor2 dia.

Sekarang aku paham, even kita dalam perhubungan pun, masa pasangan kita bukan la selalunya untuk kita. 

Jadi.

Tolong lah ajar aku cari life aku sendiri tanpa kacau life orang sekeliling aku yang busy dan tak punya banyak masa layan kerenah aku. 

Aku rasa aku dah menjadi semakin annoying. Harap2 aku diterima masuk mana2 ipta untuk sambung study dan aku dapat balik life aku.

Bye.