Tuesday, October 4, 2011

THE OLD ME

Aku cari aku yang dulu. Yang lama hilang ditelan masa mungkin. Aku masih mencari dan masih tak menemui. 

Aku ingat masa dulu. Dia pernah berkata. Dia. Lelaki yang bertakhta dalam hati teman aku. Yang tertarik pada pada aku. Yang katanya kerana sifat aku. Yang ramah mesra dengan sesiapa. Yang senyum manis setiap masa. Yang rancak berbual dan bergurau tawa.

Ya. Ini yang aku rindu. Yang ada pada aku dulu.

Aku masih mencari. Menjadi yang satu tentang aku yang dulu. Yang bukan cuma diam membisu sambil tersenyum. Yang tunduk malu di belakang bila disoal ditanya. Aku rindu aku yang dulu.

Mungkin ada emas tersesat dalam mulutku. Sampai memberatkan bibir untuk dibuka bersuara. Aku tak mahu emas ini. Yang aku mahu sifatku yang dulu.

Bye.

2 comments: