Sunday, May 29, 2011

KEHADAPAN KEKASIH HATI #3

Im  not really understand how u busy with ur new job. And im not really know how to  express my feeling to be the  'waiter'. One thing im understand for the whole thing out lately is, im not being the VIP in ur heart anymore. And its fuck up me so bad. TQ.

Thursday, May 5, 2011

KEHADAPAN KEKASIH HATI #1

Saya sayang kamu.
Terima kasih untuk sudi kongsi separuh hati kamu dengan saya.
Saya tak nak kehilangan kamu.
Maaf selalu jadi manusia paling annoying untuk hal2 kecil.
Saya rindu kamu hari2.
Bila kamu di sisi saya jadi diri saya dalam sisi yang bahagia.
Saya bahagia dengan kamu.
Harap kamu jadi pasangan saya untuk 40ratus ribu tahun lagi.
Saya nak hidup dengan kamu selamanya.
Terima kasih sebab sanggup layan perangai saya yang tak menentu.
Saya tak pernah puas jadi kekasih kamu.
Jangan tinggalkan saya. #hope.

Monday, May 2, 2011

WHEN A GIRL IN LOVE, SHE ALWAYS DREAMING STUPID THINGS

Dari hari aku kenal cinta, aku selalu dan suka sangat berangan. Nak buat benda sweet-sweet. Tak tau kenapa. Even kadang-kadang benda tu macam tak logik, macam memang tak boleh buat aku tetap berangan. Tapi ada jugak yang boleh buat. Hahaha. Salah satu aku suka dok berangan, aku pernah terfikir kalau kiss in the rain memang kool gila. Tapi kiss? Okey. Tolak tepi. Tunggu kawin boleh kot. Hahahaha.

[ Gambar] Sweet kan. Kan. Hahaha.

One more thing, agak-agak makan megi cup depan tujuh sebelas tu indah tak? Makan dengan orang yang kita sayang. #futurehusband kita. Lolololo. Memang macam sweet gila.

Kalau time senja-senja lepak tepi pantai tengok sunset pun memang indah. Lepas tu pakwe main gitar lagu Bruno Mars-Marry You. Sah-sah esok tu aku mintak izin mama abah nak kawin. Hahaha. Gedik. Larikkkk.

Satu lagi, benda ni memang aku nak buat tapi tak tau bila. Snap gambar aku dan dia pastu buat portfolio. Hahahaha. Lepastu bagi kat dia. Lalalalala.

Kalau nak cerita kat sini, sampai esok tak habis. Macam-macam yang aku nak buat. 

Bye.

SELAMAT HARI IBU MAMA

Hari ni 2 Mei. Bulan Mei. Macam semua orang tahu, bulan Mei ada 1 hari tu dipanggil hari ibu. Aku tak tahu tarikh sebenar-benarnya untuk hari ibu sebab setiap tahun tarikh tukar2. Tak kisah lah, yang penting ini entry khas untuk mama. Sempena hari ibu. 

Mama.

Dia sangat cantik. Tengok lah anak dia. Cantik jugak. Well, kemana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi. Hikhik.  Mama sangat workholic. Dari muda sampai sekarang, mama masih bekerja. Untuk bagi makan kami adik beradik. Untuk tolong abah sara kami semua. Mama alway be the best dalam hati aku. Takkan ada mana-mana perempuan boleh ambil tempat mama dalam hati aku. Mama adalah mama yang sangat memahami anak2. Apa kehendak kami, mama akan cuba tunaikan. Bagi mama, biar mama tak pakai baju baru takpa, asalkan anak2 mama tak pakai baju koyak2. 

Mama selalu cerita macam mana susah mama time dulu2. Mama turun bendang tolong arwah tokwan untuk dapat duit. Tapi kami goyang kaki tengok tv bila mama sengkang mata kerja kilang. Mama selalu pesan jadi orang baik2. Tapi aku selalu pilih jadi jahat. Maaf mama. I always hurt you. Mama adalah mama yang paling best. Kami boleh bercerita apa saja dengan mama dan mama akan selalu dengar tanpa jemu. Tapi aku lagi suka berahsia dengan mama sampai mama selalu susah hati pasal aku. Maaf mama.

Tapi apa pun aku buat, jauh sudut aku. Aku sayang mama lebih dari segalanya. Aku tak boleh terfikir langsung bila satu hari nanti aku hilang mama. Sebab aku tak pernah bersedia untuk hilang mama. Dan aku taknak hilang mama. Kalau takdir aku yang pegang, aku susun biar aku pergi dulu. Sebab aku taknak rasa sakit hilang mama. Tapi takdir DIA yang pegang. Jadi aku cuma boleh doa biar DIA selalu panjangkan usia mama untuk peluang aku balas jasa2 mama.

Mama. I love you. Much more day by day. Selamat hari ibu mama. 

Ouh. Selamat hari ibu jugak untuk mama2 di luar sana. Thanks lahirkan kami semua. Dan. Untuk bakal ibu mertua jugak. Kehkehkeh.

Bye.

Sunday, May 1, 2011

HITAM

Plan ke The Carnivall Waterpark berjalan lancar. Viva hitam sewa RM70 sehari jadi kenderaan rasmi kami. Well, lima orang dalam satu kereta Viva tu not bad la sempit dia. Boleh lagi buat senaman regang badan kalau lenguh. Sampai sana, dapat satu jam tangan harga RM23 permit masuk dalam. Tukar baju, simpan barang dalam loker yang kena beli token RM5 satu keping, semua terus terjun dalam ayaq. Mashukkkkk:)

Menarik jugak la naik slide imagine terbang ke langit lepas tu jatuh terhempas dalam ayaq. Sakit tekak boleh tahan menjerit puas time main slide dekat situ. Kalau jenis muka tak malu tu, memang tak malu jugak. Sempat lagi kami join family day syarikat mana tah main tarik2 pelampung dalam kolam. Ada sorang pakcik gatal tahap dewa main cuit2 aku. Ceh. Ingat lawak. Macam mintak penampaq punya perangai orang tua tu. Terus aku lari jauh2. Geli.

Kami main sampai puas. Seharian dalam ayaq sampai kecut segalanya. Pukul 1 lebih kami sampai rumah sewa. Dan semua terbongkang lena sampai ke siang. Bila bangun tengok cermin. Fuh. Kelam. Terima kasih. Nanti kita buat lagi aktiviti kelamkan muka ye kawan2:)

Bye.