Monday, May 2, 2011

SELAMAT HARI IBU MAMA

Hari ni 2 Mei. Bulan Mei. Macam semua orang tahu, bulan Mei ada 1 hari tu dipanggil hari ibu. Aku tak tahu tarikh sebenar-benarnya untuk hari ibu sebab setiap tahun tarikh tukar2. Tak kisah lah, yang penting ini entry khas untuk mama. Sempena hari ibu. 

Mama.

Dia sangat cantik. Tengok lah anak dia. Cantik jugak. Well, kemana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi. Hikhik.  Mama sangat workholic. Dari muda sampai sekarang, mama masih bekerja. Untuk bagi makan kami adik beradik. Untuk tolong abah sara kami semua. Mama alway be the best dalam hati aku. Takkan ada mana-mana perempuan boleh ambil tempat mama dalam hati aku. Mama adalah mama yang sangat memahami anak2. Apa kehendak kami, mama akan cuba tunaikan. Bagi mama, biar mama tak pakai baju baru takpa, asalkan anak2 mama tak pakai baju koyak2. 

Mama selalu cerita macam mana susah mama time dulu2. Mama turun bendang tolong arwah tokwan untuk dapat duit. Tapi kami goyang kaki tengok tv bila mama sengkang mata kerja kilang. Mama selalu pesan jadi orang baik2. Tapi aku selalu pilih jadi jahat. Maaf mama. I always hurt you. Mama adalah mama yang paling best. Kami boleh bercerita apa saja dengan mama dan mama akan selalu dengar tanpa jemu. Tapi aku lagi suka berahsia dengan mama sampai mama selalu susah hati pasal aku. Maaf mama.

Tapi apa pun aku buat, jauh sudut aku. Aku sayang mama lebih dari segalanya. Aku tak boleh terfikir langsung bila satu hari nanti aku hilang mama. Sebab aku tak pernah bersedia untuk hilang mama. Dan aku taknak hilang mama. Kalau takdir aku yang pegang, aku susun biar aku pergi dulu. Sebab aku taknak rasa sakit hilang mama. Tapi takdir DIA yang pegang. Jadi aku cuma boleh doa biar DIA selalu panjangkan usia mama untuk peluang aku balas jasa2 mama.

Mama. I love you. Much more day by day. Selamat hari ibu mama. 

Ouh. Selamat hari ibu jugak untuk mama2 di luar sana. Thanks lahirkan kami semua. Dan. Untuk bakal ibu mertua jugak. Kehkehkeh.

Bye.

No comments:

Post a Comment