Sunday, May 1, 2011

HITAM

Plan ke The Carnivall Waterpark berjalan lancar. Viva hitam sewa RM70 sehari jadi kenderaan rasmi kami. Well, lima orang dalam satu kereta Viva tu not bad la sempit dia. Boleh lagi buat senaman regang badan kalau lenguh. Sampai sana, dapat satu jam tangan harga RM23 permit masuk dalam. Tukar baju, simpan barang dalam loker yang kena beli token RM5 satu keping, semua terus terjun dalam ayaq. Mashukkkkk:)

Menarik jugak la naik slide imagine terbang ke langit lepas tu jatuh terhempas dalam ayaq. Sakit tekak boleh tahan menjerit puas time main slide dekat situ. Kalau jenis muka tak malu tu, memang tak malu jugak. Sempat lagi kami join family day syarikat mana tah main tarik2 pelampung dalam kolam. Ada sorang pakcik gatal tahap dewa main cuit2 aku. Ceh. Ingat lawak. Macam mintak penampaq punya perangai orang tua tu. Terus aku lari jauh2. Geli.

Kami main sampai puas. Seharian dalam ayaq sampai kecut segalanya. Pukul 1 lebih kami sampai rumah sewa. Dan semua terbongkang lena sampai ke siang. Bila bangun tengok cermin. Fuh. Kelam. Terima kasih. Nanti kita buat lagi aktiviti kelamkan muka ye kawan2:)

Bye.

No comments:

Post a Comment